BerBudi BahaSa

Orang berbahasa kita berbudi
Jangan bongkak mengada-ngada
Jikalau jatuh martabat diri,
Musnah segala apa yang ada

Jikalau jatuh martabat diri,
Musnah segala apa yang ada
Wajah pun muram hilanglah seri
Ratapan batin dosa namanya,

Kalau sudah merasa bosan
Janganlah pula aku dicaci
Sudah lumrah hidupnya insan
Ada yang suka ada yang benci

Kumakan bubur terasa masin
Lalu kubuang jatuh ke pasir,
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir,

Cuaca terang menjadi redup
Kerana sedih terhenti bicara
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura

Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya apakah kita sanggup
Tergadai maruah hidup melara ?




Hati-hati meniti jambatan
tiang patah paku tiada
kalau rosak baik robohkan
buat baik berpada-pada
buat jahat baik hindarkan

di dalam sungai ada buaya
buaya besar sangat bahaya
pilihlah sahabat yang boleh dipercaya
agar diri tidak terpedaya

bulan terang cantik bercahaya
terang benderang menerangi kota
nampak bebayang pohon kelapa
manis dimulut pandai berkata
dihati tak atu macam mana rupa

jangan sakit menyakiti
elakkan suka berkata dusta
di depan kita dipuji melangit
di belakang kita difitnah dikata nista





serindit bermain di hujung kali
bertemankan sepasang kenari
bagaimana hendak mencari
seorang sahabat yang amat memahami

bertemankan sepasang kenari
bersenda gurau setiap pagi
pernah ku jumpa tapi kini dia dah lari
kerana tak tahan dengan rajuk dah marahku lagi

bersenda gurau setiap pagi
banyak cerita bertukar ganti
di mana hendak ku mencari
seorang sahabat setia dihati


pergi ke pasar beli kuini
tak lupa juga sebiji lobak
apalah malang nasibku ini
assignment banyak kerjapun berlambak

burung terbang patah sayap
tapi masih lagi boleh berkicau
assignment berlambak tak siap-siap
bila nak dibuat fikiranku kacau

sedapnya sungguh air cincau
minum beramai sambil berebut
bila nak dibuat fikiranku kacau
bila tak dibuat otak berserabut

Wahai kau yang bernama insan
Hidup di dunia ibarat pengembara
Siap bekal untuk keselamatan
Mengumpul harta tiada gunanya.
Wahai kau yang mengaku hamba
Patuhi segala perintah Tuhanmu
Ruku' dan sujud tiada makna
Jika kejahatan jadi temanmu.
Ada guru memberi nasihat
Kepada Tuhan hendaklah taat
Kalau ingin melakukan maksiat
Jangan gunakan segala nicmat.
Dengarkan pula nasihat Luqman
Kepada orang tua hendaklah ihsan
Akan kau peroleh redha Tuhan
Itulah kunci kebahagiaan.
Kalau kau ingin dikasihi
Sayangi anak sepenuh hati
Bukankah Nabi pernah menasihati
Siapa tidak menyayang tidak disayangi.
Untuk hidup dalam harmoni
Ikutlah nasihat Rasul tercinta
Kasihi makhluk yang ada di bumi
Kau dikasihi oleh yang di langit sana.
Dari mimbar sering dipesan
Hendaklah berlaku adil dan ihsan
Kerana kezaliman adalah kegelapan
Jadi peruntuh kebahagiaan insan.
Rasuah jadikan musuh utama
Merosak bangsa menggadai negara
Di akhirat nanti mendapat murka
Pemberi dan penerima dalam neraka.
Arak itu ibu kejahatan
Judi pula gelanggang syaitan
Rumah tangga hancur berantakan
Manusia hidup dalam permusuhan.
Daging busuk dijadikan makanan
Itulah ibarat orang berzina
Hidup di dunia diburu ketakutan
Bagaiman pula azab di sana.
Kepada orang yang suka mengumpat
Sanggupkah makan bangkai saudara
Jika aibmu ingin selamat
Lindungi saudaramu tutup keburukannya.
Jangan mudah menerima berita
Jangan pula suka menyampai cerita
Fitnah itu besar dosanya
Sering jadi punca bencana.
Lidah itu punca kebaikan
Lidah juga punca kejahatan
Oleh itu Nabi berpesan
Banyak berdiam itulah jalan keselamatan.
Hati-hati menjaga hati
Jangan dihinggap penyakit hati
Busuk hati dendam dan iri hati
Harta dan pangkat buat orang buta hati.
Bukan mudah nak pilih pemimpin
Lebih susah nak jadi pemimpin
Amanah Tuhan jangan dipermain
Kaya di dunia di akhirat miskin.
Ulama itu pewaris Nabi
Kata dan nasihatnya hendaklah diikuti
Jika Quran dan Sunnah sanggup dikeji
Berajalah di mata bertuhanlah di hati



Sekawan burung terbang riang,
hinggap seekor didahan rapuh,
cinta terhalang bawa bertenang,
banyakan zikir kepada Allah,

Nakkan rajuk pada siapa,
tempat berkasih pun tiada siapa ,
jangan dibawa hati nan derita ,
ada hikmah disebalik peristiwa.

Hati tenang bersantai sendirian,
sambil terkenangkan sidia,
fitnah mendatang menguji kesabaran,
cintalan Allah kekal selama-lama.

Duduk termenung mengenang diri,
diwaktu petang sambil bersantai,
biarlah ia berkubur jangan dikenang lagi,
cari yang lain sebagai ganti.


Menangis sedih bersulam sendu
Jiwa merana cinta kecundang
Melangit kasih selaut rindu
Kecewa hati cinta terlarang

Mengikat janji cinta dipadu
Memintal kasih mewangi cinta
Selaut airmata di tasik rindu
Cinta tenggelam di lubuk derita

Hidup sendiri kerana tersisih
Semua harapan menjadi punah
Kubelai cinta kubaja kasih
Hancur musnah kerana fitnah

Cinta mutlak cinta hakiki
Kepada Allah biarkan subur
Andai hatimu sudah dimiliki
Cinta kularik biar berkubur

Bulan gelap dilanda gerhana,
duduk solat menyerahkan diri,
hidup di dunia biarlah sederhana,
Agar kita tidak lupakan diri.

Pergi memburu ayam serama,
lalu mati terkena jerat,
Hidup biarlah berlandas agama,
selamat kita dunia akhirat.

Cinta palsu cinta nan lara,
cinta setia cinta menjadi,
cinta manusia cinta sementara,
cintakan Allah kekal abadi.

Setiap hari membawa bekal
Membawa bekal untuk dimakan
Hati kasih tak dapat disangkal
Baiklah berbincang untuk disatukan

0 comments:

Copyright © 2009 - ~LaMaN KeMuRNiaN~ - is proudly powered by Blogger
Laman Kemurnian - Fee Software - Blog and Web Money Maker - Partner - islamic tazkirah