Ingin Disayangi?

ingin disayangi?


1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Berlatih untuk mendengar dengan baik.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

8. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.

9. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.)

10. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

13. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

14. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak boleh dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Juga maklumkan anda perlu bersendirian untuk berfikir.

16. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.

18. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan

19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.

20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

21. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "aku cinta padamu"

22. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.

23. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

24. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.

25. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

26. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

27. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

28. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

29. Bawa pulang ole-ole, kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

30. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

31. Jika keluar daerah, telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

32. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

33. Sokong pendapat isteri kalau dia bertentangan pendapat dengan orang ain.

34. Urut-mengurut isteri dari semasa ke semasa.

35. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

36. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

37. Jangan tukar-tukar saluran televisyen apabila menonton bersama isteri.

38. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

39. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

40. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.

41. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

42. Sabar jika isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

43. Beri perhatian lebih pada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.

44. Lebihkan isteri daripada anak-anak.

45. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

46. Beri tindak balas positif apabila mendengar isteri bercerita.

47. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.

48. Masuk tidur serentak. Jangan tunggu program televisyen habis baru masuk tidur.

49. Belai isteri sebelum pergi kerja.

50. Cuba ketawa apabila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

51. Ucapkan terima kasih terhadap setiap khidmat yang isteri berikan.

52. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

53. Lakukan riadah bersama isteri.

54. Pergi berkelah sekali-sekala.

55. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

0 comments:

Copyright © 2009 - ~LaMaN KeMuRNiaN~ - is proudly powered by Blogger
Laman Kemurnian - Fee Software - Blog and Web Money Maker - Partner - islamic tazkirah